Program Jiwa Komuniti Madani – Sembang Santai
19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini18 Oktober 2025 - Seramai 20 orang peserta telah menghadiri Program Jiwa Komuniti Madani – Sembang Santai di NADI Presint 18, dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini merupakan inisiatif santai peringkat Parlimen Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN). Program Jiwa Komuniti Madani – Sembang Santai bertujuan merapatkan jurang antara kerajaan dan rakyat melalui sesi dialog santai dan aktiviti komuniti. Program ini berfungsi sebagai platform untuk menyampaikan maklumat mengenai dasar dan inisiatif kerajaan, membincangkan isu semasa, memperkukuh perpaduan, serta melahirkan generasi muda yang lebih berkeyakinan dan bertanggungjawab
Antara pengisian utama program ialah taklimat ringkas mengenai Belanjawan 2026, yang memberi penerangan awal berkenaan hala tuju dan tumpuan kerajaan dalam pembangunan negara. Turut dijalankan ialah bengkel CapCut dan TikTok, yang memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik asas suntingan video serta penggunaan media sosial secara positif dan kreatif
Selain itu, turut diadakan pendaftaran ahli NADI, pendaftaran serta kemas kini MyDigital ID dan saringan kesihatan percuma bagi memberi manfaat menyeluruh kepada para peserta yang hadir oleh petugas NADI. Pelaksanaan program ini turut mendapat bantuan daripada petugas NADI Presint 9 Fasa 3, NADI Presint 9 Fasa 10, serta NADI Presint 16 yang bersama-sama menjayakan perjalanan aktiviti sepanjang program
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: